Thursday, November 17, 2011

Anda dan Orang Lain

kite mesti berusaha supaya menjadi manusia yang terbaik. kite hendaklah berfikiran positif dan sentiasa baik sangka kepada orang lain. Akan tetapi kite jangan lupa bahawa tidak semua orang lain akan bersikap sama seperti anda. Sebab itu ada syurga ada neraka kerana ada baik ada jahat. Jika kite baik, janji Allah ialah syurga dan jika kite jahat, janji Allah ialah neraka. Jika kite baik dan jahat, penimbang akan menentukan. Jika jahat lebih berat,kite akan ke neraka dan jika baik lebih berat, kite akan ke syurga. Pastinya, hanya Allah sahaja yang boleh menentukan siapa yang akan berada di syurga atau neraka. Terdapat beberapa panduan yang boleh kite gunakan apabila membuat sesuatu dan dalam masa yang sama ingatkan pada diri seniri tentang orang lain. Pertama, sentiasa berbuat kebaikan terhadap seseorang kerana ia merupakan sifat yang terpuji tetapi kite perlu ingat, bukan semua orang akan berbuat baik kepada kite Kedua, sentiasa memaafkan seseorang kerana ia merupakan sifat yang mulia tetapi kite harus ingat, bukan semua orang akan memaafkan anda. Ketiga, sentiasa menolong seseorang di saat mereka memerlukan pertolongan kerana ia merupakan sifat yang disanjungi tetapi kite harus ingat, bukan semua orang akan menolong kite apabila kite ditimpa kesusahan. Keempat, sentiasa mempunyai prasangka yang baik terhadap seseorang kerana ia merupakan sifat yang dituntut tetapi kite harus ingat, bukan semua orang mempunyai prasangka yang baik terhadap kite. Kelima, sentiasa memenuhi janji kite kepada seseorang kerana ia merupakan sifat dikagumi tetapi kite harus ingat, bukan semua orang akan memenuhi janjinya pada kite Oleh itu, aku harus dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu seperti kata pepatah, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekal
i

No comments:

Post a Comment