LiFe:)
connect with ALLAH where ever you do and where ever you are..:)
Friday, June 21, 2013
Assalamualaikum..
SALAM SEJAHTERA SEMUA, SALAM 1 MALAYSIA..
HAHAHA
OK LAMA DAH X UPDATE KAT SINI.
2 SEM TIINGGAL BLOG NI..
MAKLUM LA LINE TENET LAMBAT SO X DA MASA NAK BUKAK..
HEHEHE
SEKARANG LAGI 5 MINIT NAK 22/6/2013..
EXAM SEM 6 NI PON X ABIH2 LAGI.
LAST PAPER INTRO IN HOSPITALITY 25/6/2013.
SEM 6 NI 4 PAPER JE : 1) SPA 2) BUSINESS LAW 3) USAHAWAN STRATEGIK & INTRO IN HOSPITALITY.
4 PAPER JE TAPI GAP DIA AMIK KAU 1 MINGGU TU 1 PAPER..
SEBULAN EXAM JE.. KALO X A MMG LA.. TPI MMG X KAN DPT A PUNYA SBB JAWAB CAM APE TAH.. APA2 PON TAWAKAL SBB DAH JWB KAN. INSYAALLAH..
KEJAP NYE SEM 6 NI. HEHE BANYAK GILER BENDA BARU BERLAKU SEM NI.. BERJALAN APE TAH LAGI SEM NI BUKAN MAIN LAGI 1 MALAYSIA AKU PUSING. UNTUNG MASUK UMK. HAHAHA.. DARI PERLIS SMPAI KE NEGRI 9 MERANTAU.PERHENTIAN JGN CITER LA DAH BAPE KALI PERGI SEM NI.. HAHAHA
HAHAHA. BANYAK SYOK WOO. SIAP DPT OFFICIAL COACH LAWN BOWLS PALING BEST WALAUPON TAHAP 1 JE. HEHEHE.. ATLEAST ADE, KAU ADE??? HAHAHA..
BANYAK KENANGAN MANIS SEM NI. YG PENTING GUA SRONOK DGN TEAM LAWN BOWLS SBB ADA SI TEMAH, PIKAH CHE MI, ANSOR, APEKS, ZUHAIR, N SO ON LA.. SEMUA 1 KEPALA.. HAHAHA ENJOY SGT. INSYAALLAH BLN 8 NNT WAKIL UMK LAGI TUK MASUM KALI KE 2. SEM NI WAKIL 2 SUKAN 1 LAGI
TEAM SQUASH. HAA BAPAK LA TEAM NI PON HAPPENING JE.. LAGI SI MAJDI TU HAA ADE JE BDK NI. TQ PADA IJAT N YG LAIN SBB BG JOIN K. 1 PENGALAMAN YG BARU. INSYAALLAH BUAT YG TERBAIK SEMUA TUK MASUM BULAN 9 NNT.. SEKARANG TENGAH TRAINING SQUASH KAT USM KK. BAAPAK PENAT KOT. KELETIHAN TAPI ANYWAY ARI PERTAMA BIASA LA pancit banyak sebab xdak stamina kot. abih tu dah mkn tido je keje nye.. haha
ok abaikan pasal sukan. sem depan cam haram sebab kena duduk kat kemumin plak. anyway sronok gak sbb dapat dduk dgn junior2.. baru berkembang. asyik dgn orang sama je busan. huhuhu yg penting sem depan last so x mo sedih2 just enjoy puas2.. hahaha thesis jgn lupa plak najmi oit. ok gua berambus dulu.
nak tido esok ada training lagi.
assalammualaikum semua
#aras 3 blok 2 bilik no 6
#with apeks.
Monday, June 11, 2012
Kepada SAHABAT :'(
Assalamualaikum.. Hari ni rasa macam nak tulis something buat sahabat2ku.. Ketika tangan sibuk menekan keyboard, menaip airmata bergenang dan meluncur laju mengenangkan gelak tawa menangis bersamamu.. Tak tahu kenapa.. Rasa BERSALAH, SEDIH menghantui diri.. I KNOW and ADMIT that I'M WRONG.. Dalam satu PERHUBUNGAN TIDAK SAH KALAU TAK DIUJI :) Di saat diri terasa JAUH dan TERASING pada ALLAH kita kembali.. SORRY!! SORRY!! SORRY for ALL MY MISTAKES with INTENTION or UNINTENTION.. aku tahu semua yang berlaku TIDAK TERHAPUS dengan kata MAAF.. BUT i wanna tell to all of you " I LOVE YOU".. THANKS..THANKS A LOT :) WAHAI SAHABAT RENUNGKANLAH :'( jika AJAL menjemputku itu adalah TAKDIRKU katakan kepada SAHABATKU, tatkala kamu melihatku MATI, MENANGIS untukku dan BERKABUNG dalam KEDUKAAN JANGAN PERCAYA bahawa MAYAT ini yang kau lihat adalah DIRIKU dengan nama ALLAH aku katakan padamu, ITU BUKAN AKU aku ROH dan ini HAMPA, hanya DAGING(jasad) itu RUMAH dan PAKAIANKU untuk suatu waktu namun KINI aku TIADA LAGI aku BURUNG, dan tubuh ini SANGKARNYA dan dari mana aku terus TERBANG dan MENINGGALKANNYA sebagai INGATAN segala PUJI-PUJIAN kepada ALLAH yang membebaskanku dan menyediakan tempat untukku DISANA sehingga KINI aku telah MATI, walau HIDUP dalam DOA KUDUSMU KINI aku HIDUP dalam KEBENARAN dengan KUBUR letakkan semua didalam kubur, lupakan saja aku telah meninggalkan PERJALANANKU, dan engkau ku tinggalkan dibelakang JANGAN fikir KEMATIAN itu KEMATIAN , BUKAN itulah KEHIDUPAN kehidupan DIDUNIA ini SEMENTARA dan kita diberi TIDUR SELAMA-LAMANYA KEMATIAN adalah TIDUR, TIDUR YANG BERPANJANGAN aku kini, ENGKAU juga akan begitu ROH semua MANUSIA semuanya daripada ALLAH KEBAIKAN dan KEJAHATAN semua MILIK KITA dan ingin aku sampaikan khabar GEMBIRA " MOGA MENJADI MILIKMU KETENANGAN, KEBAHAGIAANMU DARIPADA ALLAH.. HANYA ITU DOA SAHABATMU"
Wednesday, June 6, 2012
Have a nice days:)
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
(nota-harap dapat dipanjangkan email ini)
Tanya balik diri sendiri... adakah cukup bekalan yang akan mengiringi pergi nanti??
Ya Allah berikan lah petunjuk kepada kami agar kami tidak sesat buat selama2nya!!
#3.oo a.m
# 7 jun 2012
# B2 A2 No 2
Sempatkah lagi aku mensyukurinya?
Masa sememangnya ajaib. Apabila ianya lapang, kita kadang merasakan seolah tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Kerana ianya terlalu lapang. Tetapi, apabila ianya mulai sempit, dikala itulah kita dapat merasakan bahawa…
"Argh! Kenapa seminggu ni cuma ada 7 hari sahaja! Tambahlah lagi 5 hari ke, barulah logik nak settlekan semua ni."
Merungutlah macam mana sekalipun. Memang itulah sikap manusia. Menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya.
Kerana itu Rasulullah SAW berpesan kepada kita,
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
[HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi]
Jangan kita sudah kehilangan yang namanya muda, barulah kemudian menangisi pemergiaannya ketika kita sudah tua. Itu ok lagi. Jangan sampai hilang yang namanya hidup, barulah kita mahu belajar erti menghargainya. Bak kata orang dulu-dulu, ketika itu "menangis air mata darah pun dah tak guna".
Sempatkah lagi aku mensyukurinya?
Bersyukurkah kita?
Syukur. Satu kata yang selalu kita dengar orang ucapkan. Selalunya orang mengucapkan `syukur" ini ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan hatinya. Sama ada sekadar latahan atau dzikir, kita pulangkan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui.
Tetapi, apa yang cuba saya bahaskan di sini ialah, apa bukti dan apa usaha yang telah kita letakkan sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT? Adakah cukup hanya sekadar di lidah? Sedangkan hati dan perbuatan kita berpaling?
#2.00 am
#7 Jun 2012
Sunday, June 3, 2012
Assalammualaikum:)
apa kaba semua? mesti sihat2 sok mo kan..hehe. pejam celik pejam celik exam just a few days je. peh cam x percaya je. sem 4 dah aku ni. sem 4 ni susah jugak la subjek2 nye. lagi2 O.M,mandarin, SMe,IT and etc. susah nak score rase nye sem ni. tapi walaubagaimana pon insyaALLAH i will do my best. sem 4 ni jiwa aku ade sikit kacau. x tau la nape. asyik nak berontak je. nak kata x ada mood mmg dari dulu aku x ada mood, memang dah tabii sejak kecil ase nye. walaubagaimana pon nasib baik ada kawan2 macam Sering, Stopa, Akim, n sekutu dgn nya, eh lupo plak kat Pit, tq sbb bg aku support walaupon aku banyak nyusahkan kome hehe:P. aku harap persahabatan kita semua x akan terputus and bertambah erat dari semasa ke semasa.ok la nak sambung study ni. gud luck to my Self and all my friends yg amik exam kat dunia ni terutama kwn2 umk ni ek. all the best guys:) selamat berusaha belajar untuk exam final sem 4 ek:)
Monday, February 27, 2012
Ya Allah, Aku Sudah Mati??
Hujan turun renyai-renyai sewaktu saya pulang dari tempat kerja. Cuaca malam yang gelap di tambah dengan hujan yang turun menambahkan kegelapan malam.
Sedang saya melalui satu selekoh di lebuhraya sewaktu pulang, saya terlihat sebuah kenderaan yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Mungkin rosak. Saya mengabaikan insiden tadi dengan bergegas mahu pulang. Isya’ belum saya tunaikan sewaktu pulang dari tempat kerja.
BMW memecut laju membelah kepekatan malam. Sepanjang saya melalui salah satu lagi selekoh di kawasan lebuhraya, saya ada terlihat satu penghadang jalan yang terputus dua. Ada kemungkinan kereta saya yang termasuk ke dalam ngangaan penghadang jalan kalau pihak plus tidak membetulkan. Saya istighfar berbanyak kali. Berkhayal semasa memandu.
Kebimbingan saya akhirnya menjadi kenyataan. Sensor kereta berbunyi.
‘ Allah, sensor brek bunyi.’
Saya cuba memaut stereng untuk mengikut alunan selekoh. Tapi gagal. Hala kereta saya tepat menuju ke belahan penghadang jalan.
Lalu kereta bmw hitam yang saya pandu setiap hari ke tempat kerja itu menjunam jatuh ke dalam gaung di tepi jalan.
Nasibnya, lebih teruk dari saya. Remuk. Hancur. Dah tak serupa dengan kereta.
Alhamdulillah, nasib saya memang baik. Tiada luka langsung. Saya menerobos keluar memecahkan cermin hadapan kereta yang sedia berderai.
Saya berdiri tidak jauh dari kereta saya. Saya istighfar banyak kali. Mungkin Allah nak selamatkan saya. Saya sedih melihat keadaan kereta kesayangan yang tak serupa kenderaan. Bila dia sakit, saya cepat-cepat hantar ke ‘klinik’ untuk membetulkan apa masalah kesihatan.
Dalam keasyikkan melihat keadaan kereta saya yang remuk, orang yang entah dari mana datangnya menyerbu turun melihat keadaan kenderaan saya. Dalam masa lima minit, ramai yang dah mengerumuni bmw kesayangan saya.
Namun, yang terbit di dasar hati saya adalah perasaan aneh. Aneh mengapa mereka tidak menghiraukan saya? Sedangkan saya berhampiran dengan kenderaan saya yang terbalik. Yang tayar mencanak ke langit. Mereka langsung tidak menghiraukan saya, malah lebih risaukan kenderaan saya. Saya masih lagi bersangka baik. Mungkin dia tidak risaukan saya kerana melihat saya duduk bersandar dan hanya luka-luka kecil di tangan. Itu pun akibat saya pecahkan cermin kereta tadi. Ataupun mereka tidak tahu yang saya memandu kereta itu. Ini pun boleh jadi kemungkinan. Orang yang berpakaian biasa yang berusia dua puluhan memandu bmw, memang tidak masuk dek akal.
Namun, lama kelamaan rasa curiga menyerbu datang dalam hati saya.
‘ kenapa diorang tengok dalam kereta? Diorang nampak cemas? Ada yang membuat panggilan? Siapa yang cedera dalam kereta aku? aku balik sorang tadi. Ah, tak boleh jadi ni, aku kena tengok sapa yang cedera. Aku kena tolong. Mana tau orang tu menyelinap masuk ke dalam kereta tanpa aku sedar?’ persoalan demi persoalan menerobos masuk laju ke dalam minda.
Makin mencurigakan saya bila kedengaran bunyi siren di bahagian jalan. Saya dongak. Ambulans dan bomba sedang menunggu. Anggotanya bergegas terus membawa alatan kecemasan. Makin saya risau. Makin saya cemas.
Saya bergerak ke kereta saya. Saya menyelit di antara celahan orang ramai yang mengerumuni kenderaan saya. Yang bertambah aneh, orang ramai seakan tidak merasakan kehadiran saya. Saya tolak seorang demi seorang ke tepi. Mudah. Saya mudah menembusi mereka. Setelah berusaha sedaya upaya. Saya sampai di hadapan kereta. Saya tergamam. Betulkah ni?
Saya cuit orang sebelah untuk bertanya, tiada nyahutan.
Darah saya mengalir laju. Macam lava gunung berapi yang mengalir keluar.
Ya Allah! Ketika itu barulah saya sedar. Yang mereka risaukan adalah saya. Saya di dalam kereta. Darah memenuhi muka. Pecahan cermin hadapan penuh di muka saya. Seluruh tubuh saya bermandi dengan darah. Keadaan lebih teruk dari kenderaan saya. Patah riuk.
Keras dan kaku.
Habis yang berdiri di hadapan ini siapa? Yang berada di dalam kereta itu siapa? Jika di dalam kereta itu saya, siapa yang berdiri melihat sekujur jasad yang terbaring?
Namun rasa insaf tiba-tiba menujah dalam lubuk hati. Seakan ada suara yang membisik lembut di telinga saya. Haruman wangian semerbak tiba-tiba mengelilingi kawasan tempat saya kemalangan.
“ Kamu dah mati Saad! Kamu sudah mati. Dunia ini tempat persinggahan sementara. Dunia kamu sudah berakhir. Dan di dalam kenderaan itu adalah jasad kamu. Dan kamu adalah diri yang sebenar. Percayalah dengan keyakinan dan keimanan dalam diri kamu. Yang kematian itu benar. Yang akhirat itu benar. Yang syurga dan neraka itu benar. Dan selamatkanlah diri kamu dari bakaran api neraka walaupun seminit dunia. kerana seminit dunia tidak sama dengan seminit di akhirat. Saad. Ini adalah diri kamu yang sedang dalam perjalanan untuk menghadap Allah. Terimalah Saad. Dari Allah kamu datang, kepada Allah kamu di kembalikan.” Seakan-akan rasa ada tepukan lembut di bahu meminta saya terima kenyataan. Dia menggengam erat tangan saya.
Ketika itulah terbit rasa kesal dalam hati. Saya tidak menunaikan solat isya’ secara berjemaah di surau tempat kerja. Saya tidak menunaikan solat sunat awabin yang biasa saya lakukan. Saya membatalkan tazkirah maghrib yang biasa saya lakukan di tempat kerja. Rasa menyesal menujah-nujah dalam diri. Sebabnya saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Untuk berehat. Barulah saya terfikir. Allah tidak pernah berehat walau seminit.
Tetapi semuanya sudah terlambat. Sebab sekarang saya sudah mati. Ya! Sudah mati. Saya hanya menunggu saat di mandikan, di kafankan dan di tanam di liang lahad. Sudah tiada lagi Isya’ saya selepas ni. tiada lagi tazkirah maghrib saya selepas ini. Saya mengambil dunia dengan mahu berehat dan membuang akhirat dari memberi tazkirah. Allah!
‘Apa aku dah lakukan hari ni? ada ke amalan kebaikan yang aku lakukan hari ni? terima ke amalan solat aku selama ni? ikhlaskah aku selama memberi tazkirah maghrib selama ini? Allah ampunkan kah dosa aku sebelum ni? dosa aku banyak.. Allah…’ saya merintih sayu. semuanya menujah-nujah ke dalam lubuk hati.
Kemudian terfikir pula tentang hutang piutang yang bertimbun. Adakah amalan saya akan tergantung kerana hutang yang menimbun? Risau.
Ketika itu saya menangis semahu-mahunya. Tiada lagi penyesalan kedua. Tiada lagi peluang kedua. Namun apa yang pasti. Semuanya sudah terlambat. Saya memang terlambat.
Tiba-tiba saya terdengar satu tempikan yang kuat. Satu tempikan yang menyakitkan telinga. Menyuruh saya bangun dan kuatkan semangat.
Suara yang agak asing bagi saya.
Saya membuka kelopak mata saya, sedar-sedar saya sedang tidur di atas sejadah kesayangan. Pemberian arwah tok ayah saya. Sejadah yang berusia sama dengan tafsir quran pemberian tok ayah. Berusia hampir 14 tahun dalam simpanan. Dua hadiah inilah hadiah yang paling bermakna sebelum tok ayah pergi. Rupanya saya bermimpi. Saya kerling jam di tangan. Waktu sudah menginjakkan ke dinihari. Hampir pukul empat pagi. Saya terus ambil wudu’. Saya terus sujud syukur. Dan solat malam. Menghadap sang Pencinta. Kerana Allah telah memberikan saya satu lagi peluang untuk hidup. Walaupun mimpi, ia memang mengisafkan saya.
Kerana, dengan satu mimpi. Saya tidak pernah berlengah melakukan kebaikan. Saya tidak berlengah membantu orang yang sedang dalam kesusahan. Saya tidak berlengah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah.
Walaupun ia hanya mimpi, airmata masih lagi mengalir.
Walaupun ia hanya mimpi, bau haruman itu masih melekat di tangan saya.
Walaupun ia hanya mimpi, ia menjadi satu getaran dalam jiwa dan diri saya.
Haruman melekat sewaktu ‘dia’ menggengam erat tangan saya. Saya mencium haruman di tangan saya. Saya sebak. Siapa ‘dia’? siapa yang datang dalam mimpi saya walaupun sekejap?
Saya ambil cuti seminggu. Peristiwa ini membuatkan jiwa saya kacau. Jiwa saya kosong.
Bila saya balik kampung, mak bertanya pada saya tentang keharuman yang saya pakai. Saya tidak pakai bau-bauan. Memang jarang saya memakai bau-bauan. Kecuali nak bersolat. Tapi kali ini, mak pun perasan.
Mak cuma cakap;
‘ Haruman ni mak bau masa di Madinah. Di Raudhah.’
Ya, saya teringat masa mak saya baru balik haji. Tiga tahun lepas. Memang haruman yang melekat pada tubuh mak, berlainan. Sama dengan haruman di tangan saya. Masa itu saya mencium sepuas-puasnya tangan mak. Untuk membau haruman tangan mak. Bukan minyak kasturi biasa. Tapi, haruman yang tak pernah saya hidu.
Saya menangis. Saya sebak. Saya nak pergi Madinah. Saya nak pergi. Saya nak pergi. Tekad dalam hati saya. Saya mahu mencium haruman ini di Raudah. Ya Allah. Berikanlah daku keizinan untuk menjadi tetamu-Mu. Berikanlah daku keizinan untuk menjadi tetamu Rasul Mu.
Terimalah sajak ringkas ini dari saya. Saya masih lagi dalam mood sedih. Kerana ini adalah peristiwa benar yang berlaku dalam diri saya. Bahkan baru sahaja berlaku. Sebab itu saya tiada mood menulis sebarang perkongsian baru dan hanya memetik dari blog-blog lain. Jadi bila saya menulis puisi ringkas. Tidak menarik. Sebab saya tidak reti menulis puisi. Yang penting saya membaca, dan saya sebak. Madinah, aku datang……….
Rindukan Raudah. Rindukan Madinah.
Ya muhaimin,
Ku tahu Kau menegur aku dengan hikmah,
Kau menegur aku dengan penuh kasih,
Kau menegur aku penuh dengan sayang dan cinta.
Kau jua menegur aku dengan belas Mu.
Ya Muhaimin,
Jika kali ini aku tersasar jauh,
Kau kembalikanlah daku kembali,
Jika kali ini aku tenggelam dalam nikmat dunia,
Kau tariklah daku kembali.
Aku tak sanggup kehilangan kasih-Mu,
Aku tak sanggup kehilangan sayang-Mu,
Aku tak sanggup kehilangan sifat pemurah-Mu,
Aku jua tak sanggup kehilangan hidayah-Mu.
Ya Muhaimin,
Aku tahu,
Kau memanggil aku untuk menjadi tetamu-Mu,
Kau menyeru aku supaya terus dalam keimanan kepada-Mu,
Aku,
Aku,
Aku tidak akan sesekali mensia-siakan panggilan-Mu.
Yang Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu… jangan biarkan ianya berlalu pergi… jangan biarkan aku bertatih keseorangan.. jangan biarkan aku jatuh dalam kegelapan.. jangan kau biarkan aku terkontang-kanting di lembah rindu..
Monday, February 20, 2012
16 petua awet MuDa~~
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
"Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar."
Dalam menuntut ilmu... kita tidak perlulah berlebih2 dengan ilmu yg ada... kerana, berkelakuan riak akan memakan diri... Aku bukan cakap kosong la.. ni semua pengalaman hidup.. dahulu, aku ada seorang kawan, yg suka sngat study, kalau boleh 24 jam dia nk study, tp result dia tetap juga mcam kami yg tak banyak study.. korang nk tahu sebab apa?
Ni semua sebab dia tamakkan ilmu.. segala ilmu yg cikgu ajar dia kedekut utk bekongsi dengan rakan sekelas yg lain... sikap pentingkan diri sendiri inilah yg akan memakan diri dia sendiri... Aku tahu dia budak baik, tp janganlah terlalu kedekut... orang nk tanya sikit soalan terus buat tak tahu...
Panas ar... tp aku tak kisahpun... sebab jarang study dulu... di sekolah jela.. belajar.. itu pun time cikgu masuk... Sekarang tak mcam tu dah.. aku belajar kerana Allah... biar la aku lambat utk menangkap apa yg cikgu ajar.. sekurang-kurangnya, aku faham akan konsep yg aku belajar... mcam itulah aku belajar... tidak perlu utk kita belajar dengan kelam kabut... relax frend... bertenang...
Aku suka tngok member aku yg kalut masa final exam.. haha.. lawak la... dngan nota entah kemana,. stress nya... aku dah lengah dah mulut ni nk beri nasihat yg sabar dn redho ...
tp diaorg tenang sebentar jew... lpas 2.. buat blik prangai kelam kabut tu... Mcam2 perangai.. ada yg menyanyi masa baca nota..ada yg masa makan baca nota. .. ada yg pindah randah blik study... fuhh. pening palo tengok... aku nk main game pun rasa serabut je time tu...
huhu... aku main game sebentar jew... nk rehatkan minda katakan... lpas 2 sambung study plak..... ok la... aku nk cerita cara aku study.. aku jawab soalan past year.. aku baca summary dlm setiap bab... dan aku buat latihan tutorial, asgment dan kuiz... tu jew..
kalau korang nk score lebih buat r lebih..
.jgan risau Allah itu Maha Adil. kalu kita buat lebih... dapat r lebih...
Monday, December 12, 2011
Assalammualaikum...
amacam gaya rambut ni ada gaya mcm citer crow zero x?? hahaha...
x pernah aku buat sebelum ni. saja nak try. ni kalo mak bpak aku tau kompep kena gelakkan.
kalo abg n adik aku tau lagi la kena bahan. hahaha. xapa la aku saja je nak cuba lain dr yg lain.
pasni tobat dah x mau potong cam ni dah. nak tau kat saloon mana aku potong??
aku potong kat saloon sri cemerlang aras 2. murah je wey. 1 kepala 3 ya je. lawa jugak tauke kedai ni gunting walaupon masih baru berkecimpung dlm dunia pengguntingan ni. hahaha tq lagi sekali ye hafiz dahlan.
Subscribe to:
Posts (Atom)