Wednesday, June 6, 2012

Sempatkah lagi aku mensyukurinya?

Masa sememangnya ajaib. Apabila ianya lapang, kita kadang merasakan seolah tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Kerana ianya terlalu lapang. Tetapi, apabila ianya mulai sempit, dikala itulah kita dapat merasakan bahawa… "Argh! Kenapa seminggu ni cuma ada 7 hari sahaja! Tambahlah lagi 5 hari ke, barulah logik nak settlekan semua ni." Merungutlah macam mana sekalipun. Memang itulah sikap manusia. Menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya. Kerana itu Rasulullah SAW berpesan kepada kita, "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." [HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi] Jangan kita sudah kehilangan yang namanya muda, barulah kemudian menangisi pemergiaannya ketika kita sudah tua. Itu ok lagi. Jangan sampai hilang yang namanya hidup, barulah kita mahu belajar erti menghargainya. Bak kata orang dulu-dulu, ketika itu "menangis air mata darah pun dah tak guna". Sempatkah lagi aku mensyukurinya? Bersyukurkah kita? Syukur. Satu kata yang selalu kita dengar orang ucapkan. Selalunya orang mengucapkan `syukur" ini ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan hatinya. Sama ada sekadar latahan atau dzikir, kita pulangkan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui. Tetapi, apa yang cuba saya bahaskan di sini ialah, apa bukti dan apa usaha yang telah kita letakkan sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT? Adakah cukup hanya sekadar di lidah? Sedangkan hati dan perbuatan kita berpaling? #2.00 am #7 Jun 2012

No comments:

Post a Comment