Monday, February 27, 2012

Ya Allah, Aku Sudah Mati??

Hujan turun renyai-renyai sewaktu saya pulang dari tempat kerja. Cuaca malam yang gelap di tambah dengan hujan yang turun menambahkan kegelapan malam. Sedang saya melalui satu selekoh di lebuhraya sewaktu pulang, saya terlihat sebuah kenderaan yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Mungkin rosak. Saya mengabaikan insiden tadi dengan bergegas mahu pulang. Isya’ belum saya tunaikan sewaktu pulang dari tempat kerja. BMW memecut laju membelah kepekatan malam. Sepanjang saya melalui salah satu lagi selekoh di kawasan lebuhraya, saya ada terlihat satu penghadang jalan yang terputus dua. Ada kemungkinan kereta saya yang termasuk ke dalam ngangaan penghadang jalan kalau pihak plus tidak membetulkan. Saya istighfar berbanyak kali. Berkhayal semasa memandu. Kebimbingan saya akhirnya menjadi kenyataan. Sensor kereta berbunyi. ‘ Allah, sensor brek bunyi.’ Saya cuba memaut stereng untuk mengikut alunan selekoh. Tapi gagal. Hala kereta saya tepat menuju ke belahan penghadang jalan. Lalu kereta bmw hitam yang saya pandu setiap hari ke tempat kerja itu menjunam jatuh ke dalam gaung di tepi jalan. Nasibnya, lebih teruk dari saya. Remuk. Hancur. Dah tak serupa dengan kereta. Alhamdulillah, nasib saya memang baik. Tiada luka langsung. Saya menerobos keluar memecahkan cermin hadapan kereta yang sedia berderai. Saya berdiri tidak jauh dari kereta saya. Saya istighfar banyak kali. Mungkin Allah nak selamatkan saya. Saya sedih melihat keadaan kereta kesayangan yang tak serupa kenderaan. Bila dia sakit, saya cepat-cepat hantar ke ‘klinik’ untuk membetulkan apa masalah kesihatan. Dalam keasyikkan melihat keadaan kereta saya yang remuk, orang yang entah dari mana datangnya menyerbu turun melihat keadaan kenderaan saya. Dalam masa lima minit, ramai yang dah mengerumuni bmw kesayangan saya. Namun, yang terbit di dasar hati saya adalah perasaan aneh. Aneh mengapa mereka tidak menghiraukan saya? Sedangkan saya berhampiran dengan kenderaan saya yang terbalik. Yang tayar mencanak ke langit. Mereka langsung tidak menghiraukan saya, malah lebih risaukan kenderaan saya. Saya masih lagi bersangka baik. Mungkin dia tidak risaukan saya kerana melihat saya duduk bersandar dan hanya luka-luka kecil di tangan. Itu pun akibat saya pecahkan cermin kereta tadi. Ataupun mereka tidak tahu yang saya memandu kereta itu. Ini pun boleh jadi kemungkinan. Orang yang berpakaian biasa yang berusia dua puluhan memandu bmw, memang tidak masuk dek akal. Namun, lama kelamaan rasa curiga menyerbu datang dalam hati saya. ‘ kenapa diorang tengok dalam kereta? Diorang nampak cemas? Ada yang membuat panggilan? Siapa yang cedera dalam kereta aku? aku balik sorang tadi. Ah, tak boleh jadi ni, aku kena tengok sapa yang cedera. Aku kena tolong. Mana tau orang tu menyelinap masuk ke dalam kereta tanpa aku sedar?’ persoalan demi persoalan menerobos masuk laju ke dalam minda. Makin mencurigakan saya bila kedengaran bunyi siren di bahagian jalan. Saya dongak. Ambulans dan bomba sedang menunggu. Anggotanya bergegas terus membawa alatan kecemasan. Makin saya risau. Makin saya cemas. Saya bergerak ke kereta saya. Saya menyelit di antara celahan orang ramai yang mengerumuni kenderaan saya. Yang bertambah aneh, orang ramai seakan tidak merasakan kehadiran saya. Saya tolak seorang demi seorang ke tepi. Mudah. Saya mudah menembusi mereka. Setelah berusaha sedaya upaya. Saya sampai di hadapan kereta. Saya tergamam. Betulkah ni? Saya cuit orang sebelah untuk bertanya, tiada nyahutan. Darah saya mengalir laju. Macam lava gunung berapi yang mengalir keluar. Ya Allah! Ketika itu barulah saya sedar. Yang mereka risaukan adalah saya. Saya di dalam kereta. Darah memenuhi muka. Pecahan cermin hadapan penuh di muka saya. Seluruh tubuh saya bermandi dengan darah. Keadaan lebih teruk dari kenderaan saya. Patah riuk. Keras dan kaku. Habis yang berdiri di hadapan ini siapa? Yang berada di dalam kereta itu siapa? Jika di dalam kereta itu saya, siapa yang berdiri melihat sekujur jasad yang terbaring? Namun rasa insaf tiba-tiba menujah dalam lubuk hati. Seakan ada suara yang membisik lembut di telinga saya. Haruman wangian semerbak tiba-tiba mengelilingi kawasan tempat saya kemalangan. “ Kamu dah mati Saad! Kamu sudah mati. Dunia ini tempat persinggahan sementara. Dunia kamu sudah berakhir. Dan di dalam kenderaan itu adalah jasad kamu. Dan kamu adalah diri yang sebenar. Percayalah dengan keyakinan dan keimanan dalam diri kamu. Yang kematian itu benar. Yang akhirat itu benar. Yang syurga dan neraka itu benar. Dan selamatkanlah diri kamu dari bakaran api neraka walaupun seminit dunia. kerana seminit dunia tidak sama dengan seminit di akhirat. Saad. Ini adalah diri kamu yang sedang dalam perjalanan untuk menghadap Allah. Terimalah Saad. Dari Allah kamu datang, kepada Allah kamu di kembalikan.” Seakan-akan rasa ada tepukan lembut di bahu meminta saya terima kenyataan. Dia menggengam erat tangan saya. Ketika itulah terbit rasa kesal dalam hati. Saya tidak menunaikan solat isya’ secara berjemaah di surau tempat kerja. Saya tidak menunaikan solat sunat awabin yang biasa saya lakukan. Saya membatalkan tazkirah maghrib yang biasa saya lakukan di tempat kerja. Rasa menyesal menujah-nujah dalam diri. Sebabnya saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Untuk berehat. Barulah saya terfikir. Allah tidak pernah berehat walau seminit. Tetapi semuanya sudah terlambat. Sebab sekarang saya sudah mati. Ya! Sudah mati. Saya hanya menunggu saat di mandikan, di kafankan dan di tanam di liang lahad. Sudah tiada lagi Isya’ saya selepas ni. tiada lagi tazkirah maghrib saya selepas ini. Saya mengambil dunia dengan mahu berehat dan membuang akhirat dari memberi tazkirah. Allah! ‘Apa aku dah lakukan hari ni? ada ke amalan kebaikan yang aku lakukan hari ni? terima ke amalan solat aku selama ni? ikhlaskah aku selama memberi tazkirah maghrib selama ini? Allah ampunkan kah dosa aku sebelum ni? dosa aku banyak.. Allah…’ saya merintih sayu. semuanya menujah-nujah ke dalam lubuk hati. Kemudian terfikir pula tentang hutang piutang yang bertimbun. Adakah amalan saya akan tergantung kerana hutang yang menimbun? Risau. Ketika itu saya menangis semahu-mahunya. Tiada lagi penyesalan kedua. Tiada lagi peluang kedua. Namun apa yang pasti. Semuanya sudah terlambat. Saya memang terlambat. Tiba-tiba saya terdengar satu tempikan yang kuat. Satu tempikan yang menyakitkan telinga. Menyuruh saya bangun dan kuatkan semangat. Suara yang agak asing bagi saya. Saya membuka kelopak mata saya, sedar-sedar saya sedang tidur di atas sejadah kesayangan. Pemberian arwah tok ayah saya. Sejadah yang berusia sama dengan tafsir quran pemberian tok ayah. Berusia hampir 14 tahun dalam simpanan. Dua hadiah inilah hadiah yang paling bermakna sebelum tok ayah pergi. Rupanya saya bermimpi. Saya kerling jam di tangan. Waktu sudah menginjakkan ke dinihari. Hampir pukul empat pagi. Saya terus ambil wudu’. Saya terus sujud syukur. Dan solat malam. Menghadap sang Pencinta. Kerana Allah telah memberikan saya satu lagi peluang untuk hidup. Walaupun mimpi, ia memang mengisafkan saya. Kerana, dengan satu mimpi. Saya tidak pernah berlengah melakukan kebaikan. Saya tidak berlengah membantu orang yang sedang dalam kesusahan. Saya tidak berlengah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah. Walaupun ia hanya mimpi, airmata masih lagi mengalir. Walaupun ia hanya mimpi, bau haruman itu masih melekat di tangan saya. Walaupun ia hanya mimpi, ia menjadi satu getaran dalam jiwa dan diri saya. Haruman melekat sewaktu ‘dia’ menggengam erat tangan saya. Saya mencium haruman di tangan saya. Saya sebak. Siapa ‘dia’? siapa yang datang dalam mimpi saya walaupun sekejap? Saya ambil cuti seminggu. Peristiwa ini membuatkan jiwa saya kacau. Jiwa saya kosong. Bila saya balik kampung, mak bertanya pada saya tentang keharuman yang saya pakai. Saya tidak pakai bau-bauan. Memang jarang saya memakai bau-bauan. Kecuali nak bersolat. Tapi kali ini, mak pun perasan. Mak cuma cakap; ‘ Haruman ni mak bau masa di Madinah. Di Raudhah.’ Ya, saya teringat masa mak saya baru balik haji. Tiga tahun lepas. Memang haruman yang melekat pada tubuh mak, berlainan. Sama dengan haruman di tangan saya. Masa itu saya mencium sepuas-puasnya tangan mak. Untuk membau haruman tangan mak. Bukan minyak kasturi biasa. Tapi, haruman yang tak pernah saya hidu. Saya menangis. Saya sebak. Saya nak pergi Madinah. Saya nak pergi. Saya nak pergi. Tekad dalam hati saya. Saya mahu mencium haruman ini di Raudah. Ya Allah. Berikanlah daku keizinan untuk menjadi tetamu-Mu. Berikanlah daku keizinan untuk menjadi tetamu Rasul Mu. Terimalah sajak ringkas ini dari saya. Saya masih lagi dalam mood sedih. Kerana ini adalah peristiwa benar yang berlaku dalam diri saya. Bahkan baru sahaja berlaku. Sebab itu saya tiada mood menulis sebarang perkongsian baru dan hanya memetik dari blog-blog lain. Jadi bila saya menulis puisi ringkas. Tidak menarik. Sebab saya tidak reti menulis puisi. Yang penting saya membaca, dan saya sebak. Madinah, aku datang………. Rindukan Raudah. Rindukan Madinah. Ya muhaimin, Ku tahu Kau menegur aku dengan hikmah, Kau menegur aku dengan penuh kasih, Kau menegur aku penuh dengan sayang dan cinta. Kau jua menegur aku dengan belas Mu. Ya Muhaimin, Jika kali ini aku tersasar jauh, Kau kembalikanlah daku kembali, Jika kali ini aku tenggelam dalam nikmat dunia, Kau tariklah daku kembali. Aku tak sanggup kehilangan kasih-Mu, Aku tak sanggup kehilangan sayang-Mu, Aku tak sanggup kehilangan sifat pemurah-Mu, Aku jua tak sanggup kehilangan hidayah-Mu. Ya Muhaimin, Aku tahu, Kau memanggil aku untuk menjadi tetamu-Mu, Kau menyeru aku supaya terus dalam keimanan kepada-Mu, Aku, Aku, Aku tidak akan sesekali mensia-siakan panggilan-Mu. Yang Maha Penyayang, Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu… jangan biarkan ianya berlalu pergi… jangan biarkan aku bertatih keseorangan.. jangan biarkan aku jatuh dalam kegelapan.. jangan kau biarkan aku terkontang-kanting di lembah rindu..

Monday, February 20, 2012

16 petua awet MuDa~~

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali. 2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. 3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. 5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. 6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. 7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. 8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. 9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat 10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. 11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 13. Amalkan solat tahajud. 14. Sentiasa tenang dan bersikap positif. 15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. 16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

"Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar."

Dalam menuntut ilmu... kita tidak perlulah berlebih2 dengan ilmu yg ada... kerana, berkelakuan riak akan memakan diri... Aku bukan cakap kosong la.. ni semua pengalaman hidup.. dahulu, aku ada seorang kawan, yg suka sngat study, kalau boleh 24 jam dia nk study, tp result dia tetap juga mcam kami yg tak banyak study.. korang nk tahu sebab apa? Ni semua sebab dia tamakkan ilmu.. segala ilmu yg cikgu ajar dia kedekut utk bekongsi dengan rakan sekelas yg lain... sikap pentingkan diri sendiri inilah yg akan memakan diri dia sendiri... Aku tahu dia budak baik, tp janganlah terlalu kedekut... orang nk tanya sikit soalan terus buat tak tahu... Panas ar... tp aku tak kisahpun... sebab jarang study dulu... di sekolah jela.. belajar.. itu pun time cikgu masuk... Sekarang tak mcam tu dah.. aku belajar kerana Allah... biar la aku lambat utk menangkap apa yg cikgu ajar.. sekurang-kurangnya, aku faham akan konsep yg aku belajar... mcam itulah aku belajar... tidak perlu utk kita belajar dengan kelam kabut... relax frend... bertenang... Aku suka tngok member aku yg kalut masa final exam.. haha.. lawak la... dngan nota entah kemana,. stress nya... aku dah lengah dah mulut ni nk beri nasihat yg sabar dn redho ... tp diaorg tenang sebentar jew... lpas 2.. buat blik prangai kelam kabut tu... Mcam2 perangai.. ada yg menyanyi masa baca nota..ada yg masa makan baca nota. .. ada yg pindah randah blik study... fuhh. pening palo tengok... aku nk main game pun rasa serabut je time tu... huhu... aku main game sebentar jew... nk rehatkan minda katakan... lpas 2 sambung study plak..... ok la... aku nk cerita cara aku study.. aku jawab soalan past year.. aku baca summary dlm setiap bab... dan aku buat latihan tutorial, asgment dan kuiz... tu jew.. kalau korang nk score lebih buat r lebih..
.jgan risau Allah itu Maha Adil. kalu kita buat lebih... dapat r lebih...